Thursday 17 April 2014

Posted by Unknown On 02:33
Bismillah..

Ini kisah aku minggu lepas. aku menghadiri sebuah Majlis Zikir di bawah badan NGO yang aku baru sertai. (ada masa nanti aku cerita tentang NGO ni ok). Majlis ini diadakan di kampung yang tidak jauh dari tempat aku tinggal. coretan ini bukan untuk aku ceritakan tentang majlis zikir tetapi tentang sahabat baru yang aku kenal di situ.

Fedde Kloosterman. nama sahabat baru aku dari Holland @ Netherland @ Belanda. nama berbeza tapi negara yang sama. Fedde seorang fisioterapi yang masih bujang. umurnya baru 26 dan fasih berbahasa Inggeris (haha) .Fedde tidak menganut apa2 agama, dia hanya percaya semua agama itu betul dan menuju ke arah matlamat yang satu. sudah sebulan katanya di Malaysia. sebelum tu 3 bulan di Thailand. datang seorang diri bersama begnya seberat 26kg.

Bagaimana aku kenal Fedde?? ok..sesampainya aku di rumah tempat komuniti NGO ini berkumpul, macam biasalah aku bersalam dengan semua orang yang ada di situ. mula2 tak perasan la ada 'omputeh' kat dalam rumah tu sebab Fedde pakai kain pelikat sama macam abang2 dan pakcik2 kat situ. kemudian salah seorang sahabat memanggilku dan perkenalkan Fedde ni kat aku. sebab sahabat ni tidak pandai speaking maka disuruhnya aku berbual melayan omputeh ni. dan dari situ lah kami menjadi akrab.

15 minit sebelum azan Maghrib, kami semua bersama2 ke masjid sebab majlis diadakan di masjid. Fedde juga sudah siap berbaju melayu dan berkain pelikat. memang nampak hensem la kan.. sebab aku paham apa yang Fedde ni cakap,jadi aku la yang kena jaga dia sepanjang majlis zikir. dah macam nanny la pulak..huhu

Apa yang bagusnya tentang Fedde ialah dia cepat belajar. aku ambil wuduk, dia pun ikut berwuduk. kami solat Maghrib berjemaah,dia pun solat Maghrib di saf sebelah aku. kami berzikir pun dia ikut sama berzikir mengikut zikir yang mudah dia sebut. diteruskan dengan solat Isyak dan solat hajat, Fedde mengikutinya sehingga habis majlis. MasyaAllah..hebat sungguh kekuasaan Allah dan Islam itu agama yang indah.

Selepas majlis dalam masjid, kami disajikan bubur lambok di perkarangan masjid. orang makan satu atau dua mangkuk je tapi Fedde ni 3 mangkuk disentalnya.tu pun macam nak tambah lagi je tengok gaya. sedap katanya.

Dan aku mendoakan agar Allah memberi cahaya hidayah dan semoga dibukakan pintu hati Fedde untuk memeluk agama Islam. mari sama2 kita doakan supaya lebih ramai orang menganut agama Islam yang indah ini ye.InsyaAllah Allah makbulkan.

Rasanya banyak lagi nak cerita tapi cukup la untuk coretan ni.next post pulak ye.



0 comments:

Post a Comment