Saturday 19 April 2014

Posted by Unknown On 18:06
Bismillahi Rahmani Rahim...

Kali ini aku terdetik untuk menulis tentang peperangan. Peperangan yang tiada pengakhiran, tiada penghujung, perang yang takkan pernah habis hingga putus nyawa seseorang itu. Akan tetapi peperangan ini tidak pula dihebahkan di media massa dan media sosial. Jadinya ramai yang tidak sedar perang apa yang sedang berlaku sebenarnya. ish3 dahsyat betul kan...

Mengikut buku sejarah yang diajar di sekolah, antara perang yang kita tahu ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Salib, Perang Dunia Pertama, dan Perang Dunia Kedua. Eh,Perang Dunia Ketiga belum lagi kan?? Tapi bukan perang seperti ini yang aku maksudkan. Perang ini semua sudah menjadi sejarah.

Perang yang aku maksudkan di sini ialah Perang Diri. Iaitu perang melawan hawa nafsu yang ada dalam diri. Nafsu ada dalam diri setiap manusia. Manusia dijadikan di atas muka bumi ini sebagai Khalifah. Sepatutnya bila dikatakan khalifah, dialah pemimpin yang hebat, disegani dan dihormati. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya bila kita sebagai khalifah ini berhadapan dengan nafsu dalam diri.

Ye, perang ini berlaku setiap hari, setiap masa dan boleh juga dikatakan setiap saat. Jika iman kita tidak kuat, memang kita akan tewas dalam peperangan ini. Kita tewas bila mana kita lebih mengutamakan nafsu kita dari segalanya. Kita ikutkan nafsu makan makanan yang sedap2. Kita ikutkan nafsu melangkah ke arah tempat2 yang tidak elok. Kita ikutkan nafsu tidur berlebihan. Kita ikutkan nafsu membeli barang2 yang bukan keperluan.

Nafsu menjadikan kita semakin lemah dan malas. Hingga kita abaikan tanggungjawab kita untuk mengESAkan Allah SWT. Kita lupa peranan kita sebagai anak kepada ibu bapa, peranan kita sebagai masyarakat, peranan kita terhadap diri kita sendiri. 

Bangkitlah. Jadikan diri Khalifah yang sejati. Tumpaskan nafsu yang cuba mengawal diri. Solat tepat pada waktunya. Bingkas bangun di dua pertiga malam untuk sujud padaNya. Kenali diri kita siapa sebenar kita. Kurangkan tidur,kurangkan makan hingga terlalu kenyang. Beri makan juga kepada roh kita yang sudah lama kelaparan dengan zikir dan selawat. Mohon kepadaNya agar sentiasa diberi kekuatan. Buang segala ego yang ada, janganlah kita sombong sangka diri sudah terlalu hebat. tuntutlah ilmu dengan mereka yang ada ilmu, belajarlah jika tidak tahu.

Wallahua'alam.


Gambar Sekadar Hiasan

1 comment: